logo

Pantun Melayu Warisan Rakyat


Pantun Melayu Warisan Rakyat

Yang mana satu pantun Melayu pilihan anda? Mana satu pantun yang anda masih ingat sejak mula-mula mempelajarinya sewaktu zaman sekolah dahulu sehingga lah sekarang. Manakah pantun yang paling anda suka?


Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang dua;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang jua.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Rama-rama cantik, ikan keli sayang;
Saloma cantik, P. Ramlee sayang.

Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian;
Bersakit-sakit dahulu,
Bersenang-senang kemudian.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu;
Suruh makan saya makan,
Suruh mengaji saya tak mahu.

Kalau tuan mudik ke hulu,
Carikan saya bunga kemboja;
Kalau tuan mati dahulu,
Nantikan saya di pintu syurga.

Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang;
Dua tiga boleh ku cari,
Manakan sama adik seorang.

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Biarpun jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh lah kita berjumpa lagi.

sumber : http://pantunmelayu.com/pantun-melayu-warisan-rakyat 

Tags

terimakasih centil

dkdteraspunak.com is created for your interest and in our interest as well as a website and social media sharing info Interest and Other Entertainment.

Newest Post